Selasa, 2 Oktober 2012

PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI


PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI
AJARAN SESAT DI MALAYSIA
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
1426H/2005M2
PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT
DI MALAYSIA
TUJUAN
Penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia ini disediakan untuk
memberi maklumat yang jelas kepada umat Islam mengenai ajaran sesat
yang telah disenaraikan, berdasarkan maklumat dan hasil kajian yang telah
dibuat oleh para pegawai di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, selama beberapa tahun. Dengan itu diharapkan ia dapatlah
dijadikan sebagai panduan bagi mengelakkan diri masing-masing dari
tercebur ke dalam perangkap ajaran sesat .
KRITERIA- KRITERIA AJARAN SESAT
Sebelum diberikan penjelasan terhadap 58 ciri ajaran sesat terlebih dahulu
dibawakan kriteria-kriteria yang boleh dijadikan garis panduan menentukan
sesuatu ajaran itu sesat atau tidak, sebagaimana yang dipersetujui oleh
Mesyuarat Tidak Resmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam,
Indonesia, Malaysia dan Singapura sebagaimana dinyatakan didalam buku
Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994 seperti berikut;
(i) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara
yang bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah wal
Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau
memansukhkan kitab suci al-Quran, mempercayai ada lagi kiblat lain selain
dari Kaabah dan seumpamanya.
(ii) Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadis yang diakui sahih
oleh ulama’ hadis.
(iii) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan
dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam,
Imam al-Mahdi al-Muntadzar, atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
(iv) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia
sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
(v) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara
yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti
mempastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa,3
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh
berkahwin lebih dari empat.
(vi) Mengadakan bid’ah dan pendapat baru yang bertentangan dengan
akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat’i dan tidak boleh
dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad,
sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan,menunaikan fardhu haji ke
Mekah dan seumpamanya.
(vii) Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan atau al-Hadis mengikut
sesuka hati
PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT
1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama
Asal:
Dalam ajaran sesat Crypto yang ditaja oleh Mukhtar Hasan Pulau
Pinang ada menyatakan semua agama adalah sama.
Sebab kesalahan:
Menyamakan semua agama sebagai suatu kebenaran adalah salah
dan menyeleweng, kerana hanya agama Islam yang benar dan
diredhai oleh Allah.
Hujah dan alasan :
Apa yang diajarkan oleh Crypto adalah amat bertentangan
dengan nas al- Quran :
maksudnya :
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di
sisi  Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih4
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;
(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad
dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan
(ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisabNya.
( Surah Al-Imran ayat 19)
firman-Nya lagi ;
maksudnya:
“dan sesiapa yang mencari agama selain agama
Islam,maka tidak akan diterima daripadanya,dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi ”
( Surah Al-Imran ayat 85)
Selain dari itu kita dapati antara faktor kesesatan yang diijma’kan ialah
mengingkari hakikat Islam sama ada sengaja, jahil atau ikut-ikut, jadi
sesiapa yang menganggapkan semua jenis agama dan kepercayaan
bukan Islam disamakan dengan Islam atau dianggap benar belaka
adalah salah dan boleh terbatal imannya.
2. Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa
dengan wang
Asal.
Antara ajaran sesat yang mengeluarkan ciri begini ialah ajaran al-Mas
atau Ikhwan dan ajaran Abu Bakar Bappo mereka juga ada
mengamalkan ciri ini. Banyak ajaran sesat lain telah menawarkan
pakej seperti ini untuk mengaut wang secara mudah daripada
pengikutnya tanpa dipersoalkan ajaran berkenaan sama ada betul
atau salah. Selain itu guru dapat mengikat hati pengikutnya agar tidak
menarik diri dari kumpulannya.5
Sebab kesalahan
Kepercayaan begini amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana
agama Islam tidak pernah membenarkan sesiapa saja menggunakan
wang untuk menebus dosa. Dalam Islam persoalan dosa boleh
diampunkan Allah dengan memohon ampun dan taubat melalui cara
dan syarat tertentu.
Hujah dan alasan:
Pengampunan dosa manusia adalah kuasa Allah semata-mata,
sebagaimana firman-Nya :
maksudnya;
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hambahambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan
segala dosa SesungguhNya Dialah jua Yang Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
(Surah az-Zumar ayat 53)
Ayat di atas menunjukkan bahawa hak pengampunan adalah
kepunyaan Allah saja. Dia yang berkuasa memberi keampunan
terhadap dosa hamba-Nya. Ertinya sesiapa yang berbuat “seperti
kuasa Allah” ia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Sedangkan Allah tidak
sekali-kali menerima sogokan dengan wang atau kebendaan.
3. Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru
Asal
Ciri sesat ini pernah dibawa juga oleh ajaran Crypto. Ajaran ini sudah
tidak wujud lagi pada masa ini.
Sebab kesalahan
Islam tidak termansukh atau terbatal sama sekali oleh mana-mana
pihak atau agama lain, kerana Islam sebagai agama terakhir telah6
menasakhkan semua agama langit yang lain. Islam adalah agama
yang paling baik dan sempurna lagi diredhai oleh Allah. Yang
sebenarnya Islam yang memansukhkan bukan dimansukh.
Hujah dan alasan :
Islam agama terakhir dan tiada agama baru lagi selainnya. Ada
sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah r.a. yang diriwayat Imam Muslim
bahawa Nabi Isa a.s. akan turun dan memimpin manusia dengan
menurut al-Quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.(lihat hadis  15
Mastika Hadis, Jld. 1)
Hadith ini menunjukkan bahawa agama Islam tetap wujud dan kekal
hingga datangnya kiamat dan ia tidak dibatalkan.
4. Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu
syurga
Asal
Ciri sesat ini pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan Anak Rimau dan
ajaran Arifin bin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu.
Sebab Kesalahan
Persoalan syurga adalah suatu yang ghaib, hanya Allah saja yang
boleh menguasainya. Dalam hal ini tidak seorang pun boleh masuk
campur tangan, apatah lagi untuk memegang kuncinya. Ajaran ini
telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai manusia, sedangkan
syurga adalah dalam kuasa mutlak Allah.
Hujah dan alasan
Hari kiamat dan perkara yang berkait dengannya seperti syurga dan
neraka adalah mutlak milik Allah, ini berdasarkan ayat;
maksudnya,
“Allah yang memiliki hari kiamat “
(al- Fatihah ayat 4)7
Ayat ini menjelaskan bahawa pada hari kiamat kelak Allah sebagai
pemilik dan raja ke atas seluruh alam. Pada masa itu akan diadakan
hitungan hisab dan keadilan dilakukan di mahkamah Allah. Semua
manusia tidak dikecuali dari perbicaraan agung itu. Amalan yang
pertama ditanya ialah sembahyang fardhu, jika berjaya maka
selamatlah orang berkenaan, sebaliknya jika sembahyang tidak
diterima maka rugilah (lihat hadis 113 dalam Mastika Hadis jld.1).
Sesiapa pun tidak dapat membantu yang lain, tidak ada kunci istimewa
ketika itu, kecuali syafaat dari Rasulullah s.a.w. sahaja dan mereka
yang disebut dalam hadis riwayat Muslim,Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu
Majah (lihat hadis 104 Mastika Hadis jlld.1 dan keterangannya selepas
itu).
5. Mengaku Allah menjelma dalam diri guru atau
seseorang
Asal:
Ciri ini pernah wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini,
antaranya ajaran Tajalli atau Hakikat Insan di Kelantan.
Sebab kesalahan
Ajaran ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dari
beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah
mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu
dengan makhluk.
Hujah dan alasan
Allah tidak mengambil ruang atau tempat kerana Dia bukan makhluk,
Firman Allah
maksudnya,
“Dialah menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi
kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan
menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak8
pasangan-pasangan )bagi binatang-binatang itu); dengan
jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan)
kamu semua.Tiada sesuatupun yang sebanding dengan
DzatNya, sifat-sifatNya. Dan Dialah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat.”
( al- Syura ayat 11).
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil
ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Sebaliknya
orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah
dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah
S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau
menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagunganNya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau
Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah
kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang
disepakati daripada Islam.
6. Percaya makhluk-makhluk seperti kayu, batu, atau lain-lain ada
kuasa mutlak
Asal :
Kepercayaan tahyul dan karut seperti ini adalah amat bertentangan
dengan ajaran tauhid yand dibawa oleh Islam. Ciri ini adalah satu
perkara syirik yang amat ditentang oleh Islam. Ini didapati berlaku di
kalangan sesetengah pengamal ilmu kedukunan cara lama.
Sebab kesalahan:
Percaya perkara seperti di atas adalah syirik.
Hujah dan alasan:
Islam melarang mempercayai ada kuasa yang lain dari kuasa Allah
SWT. Ayat al-Quran  :9
Maksudnya:
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang
telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu
janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan
hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
kepapaan, (sebenarnya) Kami-lah yang memberi rezeki
kepada dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri
kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan
yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa
yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan
dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak).
Dengan yang demikian itu Allah perintahkan kamu,
supaya kamu memahaminya”
(ayat 151 surah al-An’aam)
Sekutukan Allah dalam ayat diatas adalah termasuk menjadikan
benda sebagai yang mempunyai kuasa seperti Allah.
7. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah
Asal:
Menghalal atau mengharamkan sesuatu adalah hak Allah sematamata. Sesiapa yang melanggar batas ini bererti telah mencabul hak
Allah dan ia dihukum kufur. Ajaran Crypto pernah melakukan perkara
ini. Begitu juga dengan ajaran sesat lain yang mengadakan nikah
batin.
Sebab kesalahan:
Adalah suatu perkara yang syirik jika menghalal atau mengharamkan
sesuatu hak Allah semata-mata. Sesiapa yang melanggar batas ini
bererti telah mencabul hak Allah dan ia dihukum kufur.
Hujah dan alasan :
Hak Allah dicabuli oleh manusia, sedangkan Allah tidak membenarkan
kuasa menghalal dan mengharam dibuat sesuka hati oleh seseorang
manusia. Firman Allah:10
maksudnya,
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa
yang disifatkan oleh lidah kamu:” Ini halal dan ini
haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang
dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang
yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.
(al-Nahl, ayat 116)
8. Menghalalkan nikah adik beradik
Asal :
Ciri ini ada berlaku pada ajaran yang dibawa oleh bomoh Kamarudin
dari Melaka.
Sebab Kesalahan:
Perkara seperti Ini tentu bertentangan dengan Islam dan bertentangan
dengan tabi’i manusia yang memandang adik beradik sebagai orang
yang perlu dikawali bukan untuk dijadikan sebagai isteri.
Hujah dan alasan :
Islam menegah berkahwin dengan adik-beradik. Jika seseorang
menghalal perkara yang diharamkan agama adalah suatu dari kerja
kufur dan dilaknati Allah Ta'ala. Seperti dalam ayat 116 surah al-Nahl
di atas.11
9. Meminta pertolongan terus dari orang yang telah mati
Asal :
Dalam amalan orang Arqam pada satu masa dahulu sebelum
diharamkan pada tahun 1994 dikalangan mereka terdapat yang
melakukan perkara ini.
Sebab Kesalahan:
Agama Islam tidak membenarkan seseorang memohon pertolongan
dengan roh orang yang telah meninggal dunia, kerana ia terjebak
dalam mensyirikkan Allah.
Hujah dan alasan:
Roh seorang yang telah mati tiada kuasa untuk menolong orang yang
masih hidup, memohon sesuatu urusan dari orang yang telah mati
adalah suatu yang amat dilarang oleh agama Islam kerana ia
merupakan suatu perbuatan syirik kepada Allah. Firman Allah dalam
al-Quran;
bermaksud;
“ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak mendatangkan manfaat
kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat
kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang
demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orangorang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu).
(surah Yunus ayat 106)
Ayat ini menjelaskan bahawa orang telah mati tidaklah berupaya
melakukan sesuatu kerana ia telah terputus dengan dunia ini dan
hidupnya di alam lain yang dinamakan alam barzakh.12
10. Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat
Asal :
Dalam ajaran Ahmadiah Qadiani ada kepercayaan bahawa gurunya
sebagai nabi.
Sebab Kesalahan:
Adalah jelas sekali ajaran seperti ini bertentangan dengan Islam,
kerana tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Hujah dan alasan:
Tidaklah boleh seseorang mengaku bahawa dia menjadi rasul bagi
umat tertentu hanya dengan memakai ayat al-Qur’an surah Yunus ayat
47 berikut;
maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang
Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang
Rasul masing-masing (menerangkan apa yang
mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di
antara mereka dengan adil, dan mereka tidak
dianiaya”
kerana amat bertentangan pula dengan ajaran Islam dalam surah alAhzab ayat 40. Firman Allah
maksudnya:
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada
anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah13
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiaptiap sesuatu-”.
Dengan ayat di atas jelas sekali bahawa tiada lagi nabi selepas
Muhammad s.a.w. Dakwaan sebagai nabi selepas nabi Muhammad
adalah tertolak dan orang berkenaan telah mencabuli ayat diatas serta
dianggap sebagai orang yang sesat jalan, lebeh jauh lagi terkeluar dari
Islam, kerana terbatal syahadahnya.
11. Mempercayai ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Asal:
Ajaran Qadiani atau Ahmadiah yang dibawa oleh Ghulam Ahmad di
India percaya dengan ciri ini. Begitu juga dengan Hj. Kahar di Hulu
Kelang Selangor yang mendakwakan dirinya sebagai nabi bagi
kalangan bangsa Melayu.
Sebab Kesalahan:
Tiada lagi nabi sesudah nabi Muhammad s.a.w, kerana baginda
adalah rasul dan nabi yang terakhir sebelum datang hari kiamat.
Hujah dan alasan:
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 40
maksudnya:
“ Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada
anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan
(Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiaptiap sesuatu”.14
12. Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya nabi
Muhammad s .a.w.
Asal:
Kepercayaan seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Ajaran Qadiani yang dibawa oleh Ghulam Ahmad dari Qadiani India
telah mendakwa dirinya sebagai nabi yang terakhir.
Sebab Kesalahan:
Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya
diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para Nabi dan
Rasul. Oleh yang demikian orang yang mendakwa menerima wahyu
itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi Nabi
dan Rasul setelah wafat Nabi Muhammad s.a.w.
Hujah dan alasan:
Bertentangan dengan firman Allah
maksudnya:
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada
anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan
(Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiaptiap sesuatu”
(surah al-Ahzab ayat 40)
13. Mengaku diri sebagai Nabi Isa a.s.
Asal
Dakwaan seseorang sebagai Nabi Isa a.s adalah bertentangan
dengan ajaran Islam, kerana sesuatu dakwaan perlu kepada bukti dan15
sebenarnya tiada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w serta
biasanya orang yang mendakwa itu adalah terbukti pembohong besar.
Ajaran Qadiani juga percaya Ghulam Ahmad sebagai Nabi Isa. Begitu
juga dengan ajaran sesat dari kalangan orang Melayu. Sejak berkurun
yang lalu ramai orang Islam mendakwa diri mereka sebagai nabi Isa
a.s. tetapi semuanya adalah palsu belaka.
Sebab Kesalahan:
Mendakwa menjadi nabi Isa adalah satu perkara yang salah dari segi
akidah kerana ia bukan suatu yang boleh didakwakan.
Hujah dan alasan:
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku dirinya menjadi Nabi
Isa. Nabi Muhammad s.a.w telah menerangkan bahawa nabi Isa
dibangkitkan atau diturunkan sebelum datangnya kiamat dengan bukti
yang jelas sepertimana tersebut dalam kitab hadis sahih
Muslim:hadith;2940(lihat  Mustika Hadith , jil. 2, hadith; 83). Ia bukan
suatu yang boleh didakwakan begitu saja. Dalam Islam ta’rif istilah
mukjizat ialah “ Perkara khawariq (menyalahi undang-undang alam)
berlaku  pada nabi bila dicabar membuktikan bahawa ianya nabi,tetapi
nabi palsu tiada bukti kukuh dengan mukjizat.
14. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
Asal:
Ada ajaran sesat yang mendakwakan guru atau syeikhnya mempunyai
mukjizat.
Sebab Kesalahan:
Kepalsuan ajaran seperti ini adalah amat jelas sekali kerana dalam
ajaran Islam tidak akan berlaku lagi sesuatu mukjizat ke atas
seseorang pun selepas kewafatan nabi Muhammad saw. Banyak yang
keliru antara mukjizat dengan keramat. Kedua perkara ini seakan
sama tetapi  bukan secara usaha sendiri dan bukan boleh
diundangkan.
Hujah dan alasan:16
Mukjizat hanya berlaku kepada nabi dan rasul. Tidak bagi orang lain.
Jika ada yang mendakwakan bahawa seseorang mempunyai mukjizat
maka perlulah diuji dan dipatahkan hujahnya.
15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan
apabila diseru namanya.
Asal :
Memang ada orang yang memohon pertolongan dengan roh-roh orang
yang telah meninggal dunia, antaranya tok-tok bomoh tukang tilik dan
pemuja kubur untuk mendapatkan wang dan sebagainya.
Sebab Kesalahan:
Ciri ini juga merupakan suatu perkara yang tidak diajar oleh nabi. Ia
adalah suatu perkara kufur terhadap Allah Ta'ala.
Hujah dan alasan:
Kepercayaan begini amat dicela oleh Allah kerana berunsur kufur dan
syirik terhadapNya.
16. Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan
ialah Nabi Isa a.s.
Asal:
Nordin Puteh pernah mengaku sebagai Imam Mahdi dan telah
didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dan dijatuhkan
hukuman penjara. Ajaran lain pernah terlibat dengan ciri ini ialah
ajaran Mohamad Nasir Ismail Kemboja di Batu Pahat Johor.
Sebab Kesalahan:
Biasanya orang yang mendakwa demikian adalah orang
berkepentingan dunia, sama ada kerana kedudukan dan wang serta
kemudahan. Persoalan al-Mahdi bukan boleh dibuat-buat atau
didakwa-dakwakan sesuka hati saja. Begitu pula nabi Isa a.s. Sesiapa
yang berbuat demikian adalah tergolong dalam golongan orang-orang
yang melampaui had yang disuruh dalam agama Islam.17
Hujah dan alasan :
Nabi s.a.w. tidak memberi kebenaran untuk sesiapa pun meramal atau
mendakwa sebagai Imam Mahadi atau nabi Isa a.s. Bahkan tiada satu
nas dari al-Qur’an atau hadis yang menunjukkan keizinan berkenaan.
17. Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa
boleh dilakukan oleh guru/khalifah tarekatnya dan boleh
menjamin dapat ampunan Allah Ta'ala ke atas dosa
pengikutnya
Asal:
Ada tarekat yang sesat dan menyeleweng dari syariat Islam
mendakwakan demikian.
Sebab Kesalahan:
Sesuatu perkara yang sudah jelas dalam agama sama ada halal atau
haram tidak boleh dinafikan lagi oleh sesiapa pun. Orang yang
melanggar dan mendakwakan dirinya tidak berdosa dengan perbuatan
haram itu adalah tergolong daripada orang yang ingkar dan murtad.
Hujah dan alasan:
Perbuatan haram sedemikian memang sudah jelas bertentangan
dengan akal dan syarak.
18. Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain juga boleh
Asal:
Ajaran Qadiani dan Bahai ada membuat dakwaan begini.
Sebab Kesalahan:
Meletakkan asas-asas agama Islam bukan berdasarkan nas syara’
atau dengan sesuka hati amat bertentangan dengan Islam. Oleh itu
orang yang mendakwa sedemikian adalah tergolong dalam kalangan
orang yang mencabul hak Allah Ta'ala.18
Hujah dan alasan:
Perkara ini jelas sekali amat bertentangan dengan al-Qur’an dan
Sunnah. Ibadat haji hanya boleh dilakukan di  Mekah. Tidak sah atau
tidak boleh dilaksanakan di tempat lain.
19. Sembahyang tidak perlu berjamaah dan tidak perlu
mengadap kiblat.
Asal:
Ada ajaran sesat yang mengajarkan begini untuk menunjukkan ia
suatu ajaran baru.
Sebab Kesalahan :
Memang jelas ia bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Ajaran sebegini menunjukkan gurunya sengaja melawan hukum
syarak.
Hujah dan alasan:
Ia adalah amat bertentangan dengan ajaran dan hukum syarak.
Mengadap kiblat wajib berdasarkan ayat al-Quran dan amalan
Rasulullah s.a.w. Sembahyang berjamaah pula adalah berdasarkan
Sunnah Nabi. Barangsiapa yang tidak mahu mengamalkan sunnah
nabi maka ia dianggap bukanlah dari kalangan umat nabi Muhammad.
20. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib, menilik nasib
seseorang
Asal:
Antara ajaran sesat yang mendakwa seperti di atas ialah ajaran
Hakikat Insan, ajaran Ayah Pin, ajaran Ilmu Ladunni, ajaran Haji
Banuar. Selain ajaran sesat di atas terdapat juga dikalangan bomoh
dan tukang tenung yang turut mendakwa sedemikian. Begitu juga
dengan amalan menilik nasib adalah amat ditentang oleh Islam.
Sebab Kesalahan:19
Seseorang yang mengaku dan mendakwa mengetahui perkara yang
ghaib adalah dianggap telah kufur.
Hujah dan alasan:
Perkara diatas adalah bertentangan dengan firmaAllah Ta'ala yang
berfirman dalam al-Qur’an,
maksudnya:
“Katakan (ya Muhammad) tiada siapa yang
mengetahui di langit dan di bumi suatu yang ghaib
itu kecuali Allah, dan mereka tidak merasai bilakah
dibangkitkan”.
(surah al-Naml, ayat 65)
21. Islam seseorang itu tidak sah jika tidak di Islamkan oleh gurunya
Asal
Ciri ajaran sesat seperti ini pernah dibawa oleh ajaran Ikhwan atau sekarang
dikenali sebagai Al-Mas yang bergerak di negeri Selangor, Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan dan Melaka.
Sebab kesalahan:
Ajaran ini tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Islam semua orang
Islam yang mengenal erti keislaman boleh mengislamkan siapa saja.
Tidak semestinya orang itu dari keturunan nabi atau bukan. Ini jelas
suatu penipuan dan menyekat pengembangan ajaran Islam dari
tersebar secara meluas.20
Hujah dan alasan:
Nabi Muhammad saw. tidak pernah berwasiatkan hanya anak cucunya
saja yang boleh berdakwah atau mengislamkan. Baginda pernah
bersabda ;
َو ِﮫْﯿَﻠَﻋ ُاﻟﻠﱠﮫ ﻠﱠﻰَﺻ ﻲﱠِاﻟﻨﱠﺒ ْﻦَﻋ َةَﺮْﻜَﺑ ﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ  ﻠﱢﻎَﺒُﯿِﻟ َﺎلَﻗ َﻠﱠﻢَﺳ
 ُﮫَﻟ ﻰَﻋْوَأ َﻮُھ ْﻦَﻣ َﻠﱢﻎَﺒُﯾ ْنَأ ﻰَﺴَﻋ َﺪِاﻟﺸﱠﺎھ نﱠِﺈَﻓ َﺐِﺎﺋَﻐْاﻟ ُﺪِاﻟﺸﱠﺎھ
ُﮫْﻨِﻣ ) . وﻣﺴﻠﻢ اﻟﺒﺨﺎري (
Maksudnya:
Dari Abi Bakrah dari Nabi s.a.w. telah bersabda”
semoga (orang yang menyampaikan itu) dapat
menyampaikan kepada orang yang lebih faham
mengenainya daripadanya”
(Hadith riwayat Bukhari)
22. Semua manusia melihat Allah di dunia ini
Asal:
Ajaran yang terlibat dengan ciri ini ialah ajaran Hasan Anak Rimau.
Sebab kesalahan:
Ini satu ajaran yang amat bertentangan dengan ajaran yang dibawa
oleh Rasululullah saw kerana menurut aqidah Ahli Sunnah umat Islam
hanya dapat melihat Allah Ta'ala semasa di akhirat saja, sedangkan di
dunia ini tidak boleh. Mungkin juga ajaran karut ini terpengaruh dengan
ajaran Wehdatul Wujud yang sememangnya bertentangan dengan
aqidah Ahli Sunnah.
Hujah dan alasan
Orang Islam telah dimaklum oleh Rasulullah saw. bahawa mereka
akan dapat melihat Allah di akhirat kelak, Di atas dunia ini tiada
sesiapa pun dapat melihat Allah. Sebuah hadis sahih yang dibawa
oleh Suhaib r.a. riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Malik
sabda Nabi saw. bermaksud:21
“…..maka pada saat itu ( dalam syurga) dibukakan
hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya,”
(Mustika Hadis jil.1, hadth 123)
23. Pengikut diwajib merahsiakan ajaran kalau tidak, akan
ditimpa bala
Asal
Salah satu ciri utama dalam ajaran sesat di mana-mana saja ialah
kerahsiaan ajarannya. Setiap guru akan menyuruh pengikutnya
berbuat sedemikian untuk mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa
agama. Dengan berlangsungnya kerahsiaan itu mereka dapat
meneruskan ajaran berkenaan, kadang-kadang mereka menggunakan
taktik berpindah rumah atau lokasi operasi. Inilah di antara kesukaran
suatu ajaran itu untuk dikesan dan ditumpaskan oleh pihak yang
berkuasa.
Sebab kesalahan:
Islam tidak mengajar supaya dirahsiakan ajaran daripada nabi.
sekiranya ada yang mengatakan Islam menyuruh rahsia adalah
bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Hujah dan alasan:
Rasulullah saw menyuruh umatnya menyampaikan ajaran Islam
kepada sesiapa saja di muka bumi ini. Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim seperti dalam penjelasan ciri bilangan dua puluh
satu (21)   menjelaskan perkara ini.
24. Guru atau murid membuat pengakuan menerima
wahyu
Asal:
Ajaran yang terlibat dengan ciri ini seperti Ajaran Hj. Kahar bin Ahmad,
Hulu Kelang Selangor.
Sebab Kesalahan:
Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya
diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para Nabi dan22
Rasul. Oleh yang demikian orang yang mendakwa menerima wahyu
itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi Nabi
dan Rasul setelah wafat Nabi Muhammad saw.
Hujah dan alasan:
Allah berfirman;
maksudnya:
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada
anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan
(Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiaptiap sesuatu”.
(surah al-Ahzab ayat 40)
Dari ayat ini menunjukkan tidak ada lagi nabi atau rasul selepas
Muhammad saw. kerana hanya rasul dan nabi sahaja yang boleh
menerima wahyu dari Allah Ta'ala. Dengan itu jelas bagi kita bahawa
orang yang mendakwakan itu bertentangan dengan syara’ dan itu
adalah nabi palsu.
25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi boleh
memberi syafaat kepada muridnya.
Asal:
Ciri ajaran yang mendakwa sebagai wakil nabi dan boleh memberikan
syafaat kepada murid adalah suatu mainan guru-guru ajaran sesat
walau di mana pun beroperasi. Gunanya ialah untuk mengikat tali
hubungan mereka agar tidak terputus dan senang untuk mengarahkan
sesuatu. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Antara ajaran
sesat yang membawa ciri ini ialah ajaran al-Mas.
Sebab Kesalahan:23
Nabi Muhammad saw tidak melantik sesiapa pun sebagai wakil nabi
untuk semua, tetapi ada sahabat tertentu dilantik sebagai Gabenor di
tempat tertentu di zaman baginda masih hidup. Dakwaan sebagai
wakil nabi sekarang atau akan datang adalah salah dan menyeleweng
dari ajaran Islam.
Hujah dan alasan:
Dakwaan tentang wakil Nabi adalah suatu kekeliruan dan ia adalah
suatu penyelewengan dari ajaran Islam. Kerana nabi tidak melantik
sesiapa pun sebagai wakil.
26. Mengaku dirinya atau gurunya maksum
Asal:
Ada ajaran seperti ini yang mendakwa sebagai maksum, antaranya
ialah golongan syiah yang menganggap semua Imam mereka adalah
ma’sum.
Sebab Kesalahan:
Pengakuan sebagai orang yang tidak berdosa atau maksum adalah
suatu yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana tidak ada
yang maksum kecuali nabi dan rasul. Bagi orang biasa atau awam
mereka tidak terpelihara dari melakukan dosa-dosa. Orang yang
mengaku diri sebagai maksum sama hukumnya dengan orang syiah,
sedangkan mereka telah difatwakan sebagai orang yang melakukan
bid’ah.
Hujah dan alasan
Bagi Ahli Sunnah tidak ada seorang pun yang dianggap maksum
kecuali nabi dan rasul.
27. Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad
orang hidup.
Asal:
Ajaran Abu Bakar Bappo di Batu Pahat Johor pernah mendakwa
sedemikian.24
Sebab Kesalahan:
Ajaran seperti ini tidak berasal dari ajaran Islam bahkan dari agama
bukan Islam, seperti agama Hindu dan lain-lain. Oleh yang demikian
kepercayaan seperti ini adalah tertolak.
Hujah dan alasan:
Kepercayaan seseorang berpindah roh dari seorang yang lain
dianggap sebagai tanasukh arwah yang bukan dari ajaran Islam.
28. Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir arwah) dalam
amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir
Asal:
Dalam ajaran sesat terdapat juga pihak yang dikatakan boleh
memanggil roh orang mati melalui pelbagai cara, sama ada dengan
tahdhir arwah atau sebagainya, sebenarnya bukan berdasarkan ajaran
nabi atau para ulama’, kerana amalan sedemikian merupakan suatu
dakwaan semata-mata, kerana yang datang semasa roh itu dipanggil
adalah makhluk lain dari roh orang mati, ia sebenarnya sama ada jin
atau pun qarin bagi seseorang. Semasa roh si mati berada di alam
barzakh roh itu sama ada sibuk dengan soal jawab kubur atau sedang
sibuk dengan kenikmatan, seperti mana yang dinyatakan dalam hadith
sahih. Lagi pula roh adalah urusan Allah Ta'ala.
Sebab Kesalahan:
Memanggil roh bukan dari ajaran Islam. Islam melarang kerja begini
kerana membabitkan diri mencampuri urusan Allah. Tambahan pula
yang dipanggil bukan roh orang mati yang sebenar bahkan makhluk
lain seperti jin dan syaitan. Selain daripada itu memohon pertolongan
dengan makhluk tersebut adalah dilarang dalam Islam.
Hujah dan alasan:
Pekerjaan ini bukan dari ajaran Islam
29.Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat25
Asal:
Dalam ajaran Arqam ada ramalan sebegini.
Sebab Kesalahan:
Meramal perkara yang ghaib seperti kedatangan Imam Mahdi dan hari
kiamat bukan suatu amalan yang diajar oleh nabi. Kita disuruh untuk
bersedia dan mempersiapkan diri untuk alam akhirat, bilakah hari
kiamat bukan urusan kita dan tak siapa pun diberitahu masanya.
Hujah dan alasan:
Amalan ramalan seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah saw. Baginda sendiri pernah ditanya tentang
masa kedatangan kiamat tetapi beliau menjawab tidak tahu masanya
sebaliknya hanya menerangkan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda
besar akan berlaku kiamat. Begitu juga dengan Imam Mahdi baginda
ada menjelas sifat dan nama  tetapi tidak meramalnya.
30. Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan
akan lahir semula sebagai Imam Mahdi
Asal:
Kumpulan Arqam telah menganggapkan bahawa Syeikh Suhaimi
sebagai ghaib ketika diisytiharkan mati di Kelang pada tahun 1924 dan
mempercayai akan datang semula sebagai Imam Mahdi akhir zaman.
Sebab Kesalahan:
Perkara ini adalah suatu dakwaan yang amat berlawanan dengan
kehendak syarak, kerana orang yang telah meninggal tidak berupaya
untuk kembali semula ke alam dunia ini, ia berada di alam barzakh.
Dakwaan belum mati dan berada dalam alam ghaib adalah suatu
dakwaan yang perlu pembuktian yang nyata dan boleh ditunjukkan.
Hujah dan alasan:26
Tiada satu bukti dari al-Qur’an dan al-sunnah yang menyokong
dakwaan di atas. Islam tidak menyuruh umatnya melakukan perkara
ini.
31. Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang bukan
pengikut ajaran itu
Asal:
Ciri ini ada dikatakan berlaku dalam ajaran Ikhwan atau al-Mas.
Sebab Kesalahan:
Perkara seperti ini ternyata salah kerana mengharamkan sesuatu yang
tidak diharam oleh syarak. Islam amat melarang umatnya melakukan
perkara ini kerana ia menambah satu hukum baru yang diada-adakan.
Hujah dan alasan:
Perkara ini adalah ternyata salah dan berlawanan dengan hukum
syarak. Ia dianggap bida’ah dalam agama.
32. Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
Asal:
Dalam ajaran tarekat tertentu memang ada ajaran seperti ini.
Sebab Kesalahan:
Suatu yang tidak dilarang syara’ telah ditambah hukumnya adalah
merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah
Ta'ala. Kebanyakan ajaran sesat ada menetapkan syarat seperti ini.
Hujah dan alasan:27
Menambah suatu hukum dalam Islam adalah salah. Melarang dalam
erti kata haram atau dianggap salah adalah perbuatan yang amat
berlawanan dengan Islam.
33.Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang seperti:-
ا - Muhammad )
ل - Nyawa Muhammad ) اﷲ
ل - Hati Muhammad )
ه - Rahsia Muhammad )
dan
م - kepala           )
ح - dua tangan   )
- م punggung    )
- د dua kaki        )
Asal
Banyak juga ajaran sesat yang menggunakan konsep sesat seperti ini,
antaranya ialah ajaran Hakikat Insan Ahmad Laksemana, ajaran
Taslim dan ajaran Pak Cu Bahrin Kuala Pilah. Ciri ini adalah dari
ajaran Batiniah yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak
terdapat dalam ajaran sesat di Malaysia telah mengambil kaedah
seperti ini untuk memperkuatkan pegangan dan hujjah mereka. Yang
sebenarnya mereka tiada hujjah yang benar dari sumber Islam lalu
terjumpa dengan sumber asing. Dalam hal ini kebanyakan mereka
tidak mengenal ajaran Batiniah, oleh itu mereka menganggap ianya
suatu yang murni dan baik untuk diajar dan dipegang pula oleh
pengikut mereka. Ciri seperti inilah menjadi darah daging dalam ajaran
sesat di Malaysia.
Sebab Kesalahan:
Perkara seperti ini yang menggunakan huruf angka atau nombor
tertentu adalan bukan dari ajaran Islam tetapi salah satu dari ciri ajaran
Batiniah yang sememangnya yang merosakkan ajaran Islam.
Hujah dan alasan:
Ajaran Batiniah bukan dari ajaran Islam. Ini pernah difatwakan oleh alImam al-Ghazali dalam kitabnya Fadha’ih Batiniyyah. Prinsip batin
dan takwil ini menepati maksud semboyan bagi Batiniah iaitu:
ﺗﺄوﯾﻞ ﺗﻨﺰﯾﻞ وﻟﻜﻞ ﺑﺎﻃﻦ ﻇﺎھﺮ ﻟﻜﻞ
Maksudnya:28
‘Tiap-tiap benda yang zahir itu ada batinnya, dan bagi tiap-tiap
ayat yang diturunkan itu ada takwilnya’.
(Hamka, Perkembangan Kebatinan di
Indonesia,(Djakarta:Bulan Bintang, 1971), hlm.9.)
Maksud di sini ialah bahawa tiap-tiap perkara yang zahir, apa lagi yang
mengenai syariat Islam seperti sembahyang dan puasa dan bendabenda lain seperti badan, kepala dan sebagainya ada batinnya; dan
bagi ayat -ayat (al-Quran) yang diturunkan dan hadis Nabi itu ada takwil
maknanya. Al-Hanafi mengatakan erti batin dan takwil ini ditentukan
oleh kehendak hawa nafsu mereka (tanpa kaedah tertentu). Kononnya,
kata mereka, yang mengetahui takwilan dan batin itu ialah Imam
maksum (atau guru mursyid) iaitu Imam maksum yang sengaja diadaadakan.( Uthman Ibn ‘Abdillah al-‘Iraqi al-Hanafi, “al-Firaq al-Muftariqat
Bayn Ahl al-Zayghi Wa al-Zandaqat”, (Turki: Antara Universiti Ilahiyat
Fakultes, Nur Matbaasi, 1961), hlm. 101 )
34. Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir
Asal:
Antara ajaran seperti ini ialah ajaran Hakikat Insan. Ciri inilah juga
menjadi salah satu dari ajaran utama Batiniah yang meletakkan asas
bahawa setiap yang zahir ada batin dan setiap ayat yang diturunkan
ada takwilnya. Imam Al-Ghazali telah memfatwakan ajaran seperti ini
adalah sesat dan bukan dari ajaran Islam. Ajaran Batiniah ini telah
dibawa masuk ke dalam masyarakat umat Islam oleh pihak musuh
Islam, terutama dalam ajaran tasawuf.
Sebab kesalahan:
Ajaran seperti ini bukan dari ajaran Islam sebenar. Ajaran ini adalah
mengarahkan kepada merosakkan syariat Islam yang berpandukan
nas-nas zahir dari al-Qur’an dan hadis, sedangkan ajaran ini telah
merosakkan nas berkenaan. Matlamat mereka ialah menolak syariat
Islam secara halus
Hujah dan alasan:
Islam menolak ajaran yang direka atau tafsiran yang karut dan
mengikut nafsu seperti itu. Dakwaan setengah orang bahawa alQur’an itu ada makna batin yang menyalahi makna yang zahir atau
makna yang batin itu hanya diketahui oleh orang tertentu saja melalui
ilham yang didakwakan itu. Dakwaan itu adalah membatalkan Syariat29
Islam dengan membatalkan nas-nasnya, sebab tidak akan wujud lagi
pokok yang boleh dikembalikan kepadanya atau pun kaedah-kaedah
dari bahasa Arab yang dipegang kepadanya, sedangkan al-Quran itu
diturunkan dengan lisan bahasa Arab yang jelas.
35. Islam itu ada zahir ada batin; batin itu isi, bila dapat isi kulit
tidak berguna lagi
Asal:
Inilah ciri sesat ajaran Batiniah dan ajaran inilah yang telah
dikembangkan ke alam masyarakat Islam dan telah diterima oleh
sebahagian pengamal tasawuf. Lebih jauh lagi dalam bidang tasawuf
teosofi mereka telah meletakkan bahawa zahir itu syariat atau kulit dan
batin itu hakikat dan ma’rifat atau isi. Apabila telah dapat isi maka kulit
tidak diperlukan atau tidak berguna lagi. Perkara ini sudah tentu suatu
yang jelas menghina Islam secara halus serta merosakkannya dari
dalam. Antara ajaran sesat yang melakukannya ialah ajaran Hakikat
Insan di Kelantan, ajaran Taslim di Pulau Pinang, ajaran Khatijah Ali di
Pucong, ajaran Hj. Banuar di Selangor dan lain-lain.
Sebab kesalahan:
Adalah jelas sekali ajaran ini tidak datang dari ajaran Islam bahkan ia
dibawa oleh musuh Islam terutama ajaran Qaramitah atau Batiniah
dengan memasukkannya ke dalam kumpulan tertentu yang
mengamalkan amalan tasawuf yang akhirnya merosakkan agama
Islam dari dalam.
Hujah dan alasan:
Tiada satu bukti nas yang menunjukkan ajaran seperti ini dari ajaran
Islam.
36. Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur
(cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun temurun ke dalam
badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan imamimam (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang
tidak berakhir.30
Asal:
Dalam Ajaran Syiah ada ajaran seperti ini dan unsur yang sama ada
juga terdapat dalam Tarekat Pimpinan Kadirun Yahya.
Sebab Kesalahan:
Dakwaan seperti ini tidak dapat dibuktikan dengan nas syarak dan
bertentangan pula dengan akal yang waras. Dalam persoalan syarak
tentulah perlu kepada sumber yang asli. Dalam hal ini tidak terdapat
sumber yang menunjukkan ianya benar dan boleh diterima mengikut
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hujah dan alasan:
Perkara ini tiada bukti bahawa ianya berasal dari ajaran Islam.
37. Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat nabi
Asal :
Memang ada orang mendakwa begini. Pernah berlaku pada satu
ketika dalam tahun 1980-an di Batu Pahat Johor. Abu Bakar Bappo
seorang keturunan mamak telah mendakwa sedemikian.
Sebab Kesalahan:
Dakwaan sebegini amat sukar dipercayai oleh orang yang normal dan
waras akalnya, kerana selain ia bertentangan dengan ajaran Islam ia
juga merupakan suatu dakwaan yang palsu. Penjelmaan seseorang
kepada orang lain adalah bukan dari ajaran agama Islam. Dalam
ajaran Hindu kepercayaan begini dikenali sebagai Inkernasi atau
tanasukh arwah. Mereka percaya  roh orang yang telah mati berpndah
mengambil tempat di jasad orang lain.
Hujah dan alasan:
Dakwaan seperti ini bukan dari ajaran Islam.
38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu dikehendaki
dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin
Asal:31
Ciri seperti ini pernah berlaku dalam ajaran sesat Taslim.
Sebab Kesalahan:
Melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syarak seperti
melakukan nikah batin adalah tergolong dalam kategori sesat lagi
menyesatkan, bahkan membawa kepada ingkar hukum Allah dan
rasul-Nya. Ciri ini juga adalah salah satu dari ajaran Batiniah.
Hujah dan alasan:
Syarak telah meletakkan asas yang kukuh dalam urusan nikah dan
cerai, perkara ini telah jelas dalam al-Qur’an dan hadis nabi. Oleh itu ia
bertentangan dengan dasar Islam.
39. Ibadat sembahyang berpada dengan “niat” (terlintas dihati)
Asal:
Ajaran Taslim dikatakan mengamalkan ajaran ini. Begitu juga dengan
sesetengah ajaran tasawuf yang menyeleweng
Sebab Kesalahan:
Salah satu ajaran yang sedang bergerak di kampung-kampung ialah
sembahyang hanya dengan niat tanpa perbuatan. Ini jelas sekali
bertentangan dengan ajaran Islam. Orang yang mendakwakan ini
sebagai ajaran Islam adalah tergolong dalam dajjal agama.
Hujah dan alasan :
Tiada satu ayat al-Qur'an atau hadis yang menerangkan demikian.
Sebaliknya ajaran begini adalah dimasuki oleh ajaran Batiniah
Qaramitah yang mementingkan  takwilan yang palsu dan batil, yang
sememangnya mengada-ngadakan ajaran yang bertentangan dengan
ajaran dari Rasulullah s.aw.
40. Penyerahan ruhani / jasmani kepada guru melalui cara nikah
batin
Asal :
Salah satu keberanian guru ajaran sesat ialah pencabulan terhadap
wanita dengan menggunakan unsur kerohanian dan nikah batin. Hal32
ini banyak berlaku dalam masyarakat tetapi amat jarang ditemui
mangsa terlibat yang datang tampil kehadapan untuk membongkar
rahsia ini. Mungkin ramai dari mangsa atau ibu bapa rasa malu atau
sebagainya. Perkara ini amat sukar dibanteraskan sekiranya  tidak ada
kerjasama dari semua pihak.
Sebab Kesalahan:
Perkara ini sudah jelas bertentangan dengan hukum syarak. Islam
melarang umatnya melakukan pergaulan bebas lelaki dengan
perempuan yang bukan  mahram.
Hujah dan alasan:
Bertentangan dengan nas syarak yang sememangnya tidak
mensyariatkan ajaran nikah lain dari nikah sepertimana nikah menurut
hukum syarak. Mana- penambahan nikah dengan nama lain sama
ada nikah batin atau sebagainya adalah satu ajaran palsu dan dilaknat
oleh Allah.
41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak isteri dan
harta benda kepada gurunya
Asal :
Ciri sesat ini dikatakan ada berlaku di dalam ajaran Taslim pada suatu
masa dulu dan ajaran Ayah Pin di Besut.
Sebab Kesalahan :
Jelas sekali perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan nas
Syarak.
Hujah dan alasan ;
Perkara ini adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan hadis.
42. Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat
Asal33
Ajaran ini pernah dibawa oleh Tarekat Naqsyabandiah pimpinan
Kadirun Yahya, Medan, Indonesia.
Sebab Kesalahan.
Masalah kiamat tidak boleh ditentukan atau dikuasai oleh sesiapa pun
kecuali Allah sahaja. Dalam hal zikir yang ditonjolkan oleh tarikat
tertentu itu telah menidakkan kekuasaan Allah ke atas alam maya ini.
Sekiranya perkara ini dianggap boleh diterima  seolah-olah makhluk
boleh memaksakan Allah wajib mendengarnya.
Hujah dan alasan
Allah berfirman
Maksudnya,
“ Segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu
melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau
kamu yang menyembunyikannya, nescaya Allah
akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa
yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Baqarah ayat 284)
Dari ayat diatas menunjukkan bahawa tidak ada suatu daya usaha pun
dari makhluk untuk masuk campur kekusaan Allah terhadap milikNya
termasuklah dalam urusan kiamat dan perkara yang berkaitan
dengannya.
43. Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga34
Asal
Menentukan hanya kumpulan mereka saja yang betul dan menafikan
yang lain seolah-olah meletakkan bahawa Islam hanya kepunyaan
tarekat tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam adalah
hak semua manusia dan sesiapa saja yang memeluk agama benar ini
ia akan selamat. Inilah di antara penyelewengan dalam pegangan dan
amalan tarekat di Malaysia yang menimbulkan pelbagai persoalan
yang ganjil dan bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci.
Dalam ajaran tarekat sesat seperti ajaran Hasan Anak Rimau atau
ajaran Ratib Kuatnya dan ajaran Ayah Pin di Besut yang mengaku
dirinya ada Kunci Syurga boleh menjamin pengikut-pengikutnya masuk
syurga.
Sebab Kesalahan
Hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan samada seseorang itu
dimasukkan ke syurga atau tidak, jadi sekiranya ada pihak lain yang
masuk campur tangan dalam urusan Allah, menunjukkan dia mensyirik
akan Allah SWT.
Hujah dan Alasan
Firman Allah
Maksudnya:
“… untuk orang-orang yang menjadikan
amalnya baik dikurniakan segala kebaikan
serta satu tambahan yang mulia; dan air muka
mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh
sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka
itulah ahli Syurga, kekal di dalamnya selamalamanya” .
( Surah Yunus ayat 26)
Dalam hadith Suhaib r.a. riwayat Imam Muslim, Tirmidzi dan Ahmad,
Rasulullah s.a.w. menerangkan maksud ayat itu dengan menyebutkan
balasan baik sebagai syurga dan tambahan itu pula bermaksud dapat
memandang wajah Allah kelak (Mustika Hadith Jilid Satu  hadith 123).35
Tidak ada ayat atau hadis    yang   menunjukkan   sesuatu
golongan atau tarekat tertentu dijamin masuk syurga.
44. Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru ke
atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain boleh
memberi kesan baik atau buruk
Asal
Guru tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya pernah dikatakan
melakukan perkara seperti ini.
Sebab kesalahan
Kepercayaan dan keyakinan seperti ini adalah suatu perkara yang
bertentangan dengan prinsip Islam yang menentukan bahawa sesuatu
ibadat termasuk zikir dan lain-lain bukanlah untuk keduniaan atau
memperoleh sesuatu benda atau maksu yang tidak dikehendaki
syarak dengan ibadat itu. Selain itu kepercayaan ini meletakkan
bahawa zikir tertentu memberi kesan secara langsung dan menafikan
Allah yang berkuasa memberi kesan terhadap sesuatu. Juga
dibimbangi dengan kepercayaan itu membawa suatu pegangan pada
seseorang pengikut bahawa orang berkenaan ada suatu kuasa yang
sama dengan kuasa Allah dan boleh membawa kepada timbul
perasaan fanatik terhadapnya. Begitu juga dengan dakwaan itu
seolah-olah Allah dipaksa untuk menerima hajat dan dipastikan ia
berlaku disebabkan zikir.
Hujah dan alasan
Allah yang menentukan buruk atau baik bagi sesuatu perkara
dan bukannya manusia.
Firman-Nya
maksudnya:
“Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh
tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari
yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih.
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya
dengan kadar yang tertentu”.36
( al-Ra’ad ayat 8)
Ayat ini menjelaskan bahawa semua perkara yang berlaku di
dunia ini adalah dibawah kekuasaan Allah dan tiada campur
tangan dari makhluk. Sekiranya perkara seperti ini termasuk
dalam urusan manusia seolah-olah Allah dipaksa menlakukan
mengikut kehendak kita sebagai makhluk Nya.
45. Mempercayai bahawa dirinya (guru) atau pengikutnya sahaja
yang layak mendapat mau’nah (pertolongan) Allah
Asal :
Ada ajaran silat atau kumpulan mempertahankan diri mendakwakan
ciri ini, antaranya Nasrulhakq al- Ma’unah dan lain-lain.
Sebab kesalahan :
Mau’nah adalah hak Allah dan ia boleh diberikan kepada sesiapa
sahaja yang dikehendakiNya. Tidak ada satu bukti pun dari ayat alQuran atau hadis yang mengkhususkan mau’nah untuk kumpulan
tertentu saja. Oleh itu jelas sekali itu satu pembohongan besar dari
ajaran sesat.
Hujah dan alasan :
Ajaran ini suatu rekaan semata juga satu dakwaan yang palsu.
45. Pengikutnya boleh menerima kekuatan luar biasa dari guru
Asal:
Perkara luar biasa yang boleh dipindahkan daripada seorang kepada
seorang yang lain ada berlaku dalam amalan sihir atau pemujaan.
Tentang ciri ajaran ini ia bukan daripada amalan Islam dan amat
bertentangan dengan aqidah Islamiah. Ciri ini pernah berlaku dalam
kumpulan Nasrulhaq dan Al- Mau’nah yang diharamkan. Kerana kalau
benar ia dari ajaran Islam  tentulah ia diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Sebab Kesalahan :37
Rasulullah tak pernah mengajar umatnya dengan perkara seperti itu.
Ini adalah datang dari pengaruh luar Islam.
Hujah dan alasan :
Ajaran ini bukan dari ajaran Islam. Nabi Muhammad tidak mengajar
umatnya dengan perkara begini.
47. Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung
terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada dalam
dirinya.
Asal :
Pengakuan seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah biasa
terdapat dalam ajaran tarekat dan amalan tasawuf, sama ada dulu
atau sekarang. Inilah yang bercanggah dengan ajaran biasa umat
Islam kerana ajaran sedemikian adalah suatu yang tidak diajar oleh
junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Lebih-lebih lagi bila dikaitkan
dengan Nur Muhammad yang sememangnya tidak boleh diiktiraf oleh
ulama’, bahkan bertentangan dengan metodologi hadis. Ajaran seperti
ini pernah dibawa oleh tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya seperti
dalam ajaran konsep frequansi tak terhingganya.
Sebab Kesalahan :
Perkara ini adalah salah kerana berhubung dengan Allah tidak perlu
kepada perantaraan sesuatu nur, kita dikehendaki beribadat terus
kepada Allah Ta'ala. Juga salah meletakkan Nur Muhammad sebagai
penghubung atau dalam erti kata lain dibuat semacam frequansi tak
terhingga dengan menjadikan nur sebagai stesyen untuk mencari
frequansi bagi radio atau tv. Tambahan pula konsep Nur Muhammad
bukan suatu kepastian datang dari ajaran Islam, bahkan tiada satu nas
yang qati’e tentangnya. Sebaliknya yang sahihnya ia adalah datang
dari luar Islam.
Hujah dan alasan :
Berpegang kepada Nur Muhammad adalah suatu kesalahan kerana ia
bukan berdasarkan hujah yang sahih dari nabi Muhammad s.a.w,
sebaliknya ia adalah suatu perkara yang dibawa dari luar. Dakwaan38
tentang Nur Muhammad ada dalam diri adalah sesuatu yang tiada
bukti dan jauh sekali dari nas syarak.
48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas rasul diamanahkan
kepadanya.
Asal :
Ajaran Al-Mas atau Ikhwan ada mempunyai ciri seperti ini.
Sebab Kesalahan :
Masalah amanah dari nabi untuk menjalankan tugas menyampaikan
ajaran Islam bukan saja dikhaskan kepada seorang yang tertentu,
bahkan ia adalah ditugaskan untuk semua umat Islam. Tugas rasul
ialah menyampaikan kebenaran iaitu al-Qur’an dan Sunnah, juga
mengajar dan mendidik ke jalan yang lurus. Dakwaan tentang amanah
seperti ini jelas menyalahi logik akal dan syarak.
Hujah dan alasan :
Tiada bukti nas dalam perkara dakwaan seperti ini. Ia
dianggapkan sebagai dakwaan palsu, kerana Rasulullah tidak
memberi kuasa kepada sesiapa untuk melakukan perkara seperti
ini.
49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan fikiran
kepada satu-satu hajat.
Asal :
Ciri ini bukan dari ajaran Islam,tetapi ia ada berlaku dalam ajaran dan
ilmu mempertahankan diri atau ajaran yoga.
Sebab Kesalahan :
Perbuatan seperti ini adalah bukan dari ajaran Islam. Ada unsur
pengosongan diri dan ketika itu peluang untuk dimasuki oleh unsur lain
seperti jin dan syaitan.
Hujah dan alasan :
Perbuatan ini ternyata bukan dari ajaran Islam. Mana-mana amalan
berkaitan kerohanian yang bukan dari Rasulullah adalah tertolak. Umat39
Islam diingatkan supaya menjauhkan diri dari amalan dan perbuatan
yang sia-sia yang boleh dipengaruhi syaitan dan jin.
50. Sebelum naik Haji ke Mekah hendaklah bersuluk di Panca
Budi di Medan atau di Medan sahaja.
Asal :
Ciri ini dikatakan pernah berlaku pada tarekat pimpinan Kadirun
Yahya.
Sebab Kesalahan :
Amalan sebegini bertentangan dengan amalan dalam Islam, kerana
amalan bersuluk bukan disyariatkan dalam Islam, sebaliknya amalan
haji adalah menjadi rukun Islam
Hujah dan alasan :
Islam tidak membenarkan sesuatu tambahan dalam perkara ini,
kerana dengan menambah satu lagi amalan bersuluk ia memberi satu
syariat lagi dan amat bertentangan dengan ajaran Rasulullah
51. Mendakwa jadi wali sedangkan ianya bergelumang dengan
maksiat.
Asal :
Seorang wali adalah orang yang suci dan bersih daripada noda dan
dosa. Wali biasanya tidak mendakwa ianya suci lagi wali. Inilah satu
petanda bahawa amalan seseorang itu tidak ikhlas terhadap Allah.
Dakwaan seperti ini berlaku pada Hasan Anak Rimau di Kelantan.
Sebab Kesalahan :
Biasanya seorang wali tidak tahu dia adalah wali. Apatah lagi seorang
yang melakukan dosa dan penuh dengan maksiat mengaku sebagai
wali adalah suatu yang amat jauh dari kebenaran.
Hujah dan alasan :
Suatu yang berlawanan dengan realiti keagamaan adalah suatu yang
palsu dan perlu ditolak. Orang yang melakukan dosa hendaklah
bertaubat terhadap Allah dan tidak lagi melakukan dosa dan maksiat40
sama ada kecil atau besar. Seseorang menjadi wali atau sebagai
orang alim dan warak perlulah dengan niat dan berusaha secara ikhlas
kerana Allah tanpa menonjolkan diri sebagai itu dan ini. Biasanya
seseorang wali tidak mengetahui dirinya sebagai wali, sebaliknya ia
bimbang akan menimbulkan penyakit ria’ dan ujub yang akan
membatalkan segala pahala diri sendiri.
52. Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita yang diminati
oleh gurunya.
Asal :
Ciri ini merupakan suatu tambahan hukum baru dalam ajaran
sesetengah tarekat.
Sebab Kesalahan :
Mengikut hukum syarak hanya wanita yang telah dipinang saja haram
dipinang oleh orang lain atau dikahwinkan dengan orang lain, kerana
ia adalah sesuatu yang berlawanan dengan ajaran Islam.
Hujah dan alasan :
Perkara ini adalah jelas bertentangan dengan hukum syarak, kerana
semua larangan termaktub dalam al-Quran dan Hadis, sedangkan
Islam tidak  melarang umatnya mengahwini bekas isteri guru.
53. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamal suluk.
Asal :
Tarekat Naqsyabandiah dikatakan mengamalkan amalan sedemikian.
Alasan meninggalkan solat Jumaat kerana ada sakit batin.
Sebab Kesalahan :
Sembahyang Jumaat adalah fardhu ain sedangkan bersuluk bukan
suatu yang fardhu. Amat salah sama sekali jika solat Jumaat
ditinggalkan semata-mata untuk bersuluk. Tarekat Naqsyabandiah
dikatakan mengamalkan amalan sedemikian. Alasan meninggalkan
solat Jumaat kerana ada sakit batin tidak boleh diterima syarak,
kerana ia bersifat rohani dan nisbi, sedangkan yang dibenarkan
mengikut syarak ialah sakit yang diketahui umum.41
Hujah dan alasan :
Perbuatan ini adalah berlawanan dengan perintah Allah Ta'ala dalam
surah al-Jumaat yang menyuruh umat Islam supaya   menunaikan
solat Jumaat dengan  meninggalkan    pekerjaan  masing-masing.
Bersuluk bukan daripada perintah wajib dalam Islam.
54. Mengagong-agongkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik
dan perlu dicontohi.
Asal :
Ciri ini pernah menjadi sebahagian daripada ajaran Crypto oleh
Mukhtar Hasan dari Pulau Pinang. Ajaran seperti ini tidak wujud dalam
Islam.
Sebab Kesalahan :
Membanggakan suatu bangsa yang jelas banyak melakukan perkara
yang bertentangan dengan perintah Allah iaitu bangsa Yahudi adalah
suatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Hujah dan alasan :
Perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan realiti, di mana
bangsa yang dikutuk dalam al-Qur’an ialah bangsa Yahudi, yang
taksub dengan bangsa sendiri, sedangkan Allah menyuruh supaya kita
saling kenal mengenal antara satu dengan lain dan yang paling mulia
disisi Allah ialah yang paling bertakwa kepadaNya.
55. Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran, murid dilarang
berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
Asal :
Ada guru tasawuf mengamal sikap sedemikian, kerana bimbang apa
yang diajarkan tidak memenuhi kehendak murid yang akhirnya akan
beralih-arah kepada guru atau ajaran lain.
Sebab Kesalahan :
Berbincang sesama murid amat digalakkan dalam Islam, bergantung
kepada masa yang sesuai kerana berbincang sesama pelajar boleh42
menimbulkan berbagai kebaikan. Larangan sedemikian adalah
berlawanan dengan semangat pembelajaran menurut Islam.
Hujah dan alasan :
Perbuatan sedemikian adalah tidak mengikut kaedah pembelajaran
yang betul dan mengarah kepada sikap taksub dan fanatik terhadap
guru. Islam amat mengalu-alukan seseorang itu melakukan sesuatu
yang terbaik untuk kebajikan diri dan agamanya, lebih-lebih lagi dalam
pendidikan . Allah berfirman bermaksud;
“Maka bertanyalah kamu kepada orang yang ahli dalam bidang
ilmu jika kamu tidak mengetahui”
56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada
Rasulullah s.a.w. secara jaga.
Asal :
Dakwaan ini pernah berlaku pada Aurad Muhammadiah yang
diamalkan oleh kumpulan Arqam.
Sebab Kesalahan :
Setiap perkara agama bukan boleh disebut dengan cara biasa apatah
lagi dikaitkan dengan nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana Nabi
Muhammad s.a.w. telah wafat maka tiada dakwaan yang boleh
dipertanggungjawabkan kepada Rasulullah s.a.w. tambahan pula tiada
suatu bukti dari hadis yang sahih mengenainya. Memang ada tarekat
yang mendakwakan bahawa guru asal tarekat telah menerima dari
nabi dalam keadaan jaga atau yaqazah.
Hujah dan alasan :
Penerimaan konsep Yaqazah atau bertemu dengan nabi dalam
keadaan jaga adalah satu dakwaan yang tidak boleh dibuktikan oleh
sesiapa pun, oleh itu ia dianggap sebagai perkara yang tidak boleh
dipakai. Dakwaan seperti ini ditolak oleh para ulama’ muktabar dan
dianggap dakwaan batil semata-mata. Sekiranya apa yang berlaku itu
dianggap benar maka ia membawa Implikasi besar iaitu nabi tidak
menyampaikan sesuatu perkara agama semasa hidupnya, ini
membawa erti nabi tidak amanah  dan tidak tabligh. Itu tentu
menyalahi hakikat sebenar sifat Rasulullah.43
57. Mematuhi membuta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya
melakukan kesalahan dan dosa.
Asal :
Perkara seperti ini pernah berlaku dalam ajaran tarekat.
Sebab Kesalahan :
Cara ini bukan daripada ajaran Islam kerana sikap fanatik terhadap
orang tertentu itulah yang membawa kepada penyelewengan yang
lebih jauh. Islam amat menekankan penggunaan akal fikiran yang
waras dan sebaliknya nabi Muhammad s.a.w. amat melarang
sebarang perbuatan yang dilakukan secara ikut-ikutan tanpa dalil.
Hujah dan alasan :
Islam melarang umatnya daripada mengikuti atau bertaqlid dengan
membuta tuli kerana ia amat berlawanan dengan ajaran Islam .
Rasulullah telah bersabda  maksudnya;
“Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara maksiat”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki diuji
di dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan
kepada sesiapa apa yang terjadi dengan guru tadi semasa di
dalam bilik tersebut.
Asal :
Ciri ini dikatakan ada berlaku dalam ajaran Taslim .
Sebab Kesalahan :
Perkara ini adalah suatu yang bertentangan dengan syariat Islam yang
maha suci yang mahukan umatnya sentiasa dalam keadaan bersih
daripada dosa dan noda. Perbuatan seperti di atas memang terdedah
kepada perkara maksiat lebih-lebih lagi apabila berlaku diantara lelaki
dengan perempuan. Apabila ada syarat seperti ini dalam suatu ajaran
menunjukkan bahawa ajaran berkenaan jauh menyimpang dari ajaran
yang diredhai Allah.
Hujah dan alasan :44
Perkara seperti ini adalah amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Nabi Muhammad s.a.w  telah menegah umatnya melakukan amalan
bersunyian antara lelaki dan perempuan supaya terhindar daripada
perkara buruk berlaku. Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya’
“Awaslah, jangan ada seorang lelaki bersendirian dengan
seorang wanita, dan jangan sampai seorang wanita bermusafir
kecuali ada   bersamanya seorang mahramnya”.
( Hadis  Bukhari dan Muslim)
PENUTUP
Demikianlah penjelasan dan ulasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat, semoga
ianya dapat dijadikan panduan kepada para pembaca sekalian agar tidak
terpengaruh dengan sebarang ajaran sesat lagi menyesatkan.
Disediakan oleh:
Haji Abdul Hamid Bin Yunus
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
(JAKIM),
Putrajaya.
Tarikh: 7/10/2005
Catatan
Kertas penjelasan ini telah disemak oleh Pengarah Bahagian Penytelidikan
JAKIM pada 30/8/2005 dan Dr. Abdulfatah Harun Ibrahim pada 4/10/2005

Tiada ulasan:

Catat Ulasan